Product description
Sebenarnya Rempah Cap O memang cukup sinonim dengan orang Kedah, tetapi mungkin tidak pada pengguna di negeri lain. Asal nama Cap O adalah daripada nama pengasas kilang/jenama ini iaitu Che Olah yang beroperasi di Kubang Rotan, Kuala Sungai, Alor Setar Kedah.
Rempah kari cap O produk keluaran muslim dan 100% dijamin bersih dan halal serta memikat selera keluarga sejak turun temurun.
Terdapat pelbagai jenis rempah dibawah jenama Rempah Kari Cap O iaitu serbuk kari ikan, serbuk kari ayam & daging, serbuk masak lemak, serbuk korma, serbuk masak merah dan lain-lain lagi.
Sesiapa penggemar kari wajib cuba rempah kari cap O ni...😊
"duk kata dah, sedap Ooooo"....