TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/9
price skeleton

[Novel RAM] ANDING AYANGAN I , II , III (hikayat I) & III (hikayat II) by Ramlee Awang Mursyid

Sold by Anis Yohana Khalid
6 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Jun 27 - Jun 29
Anis Yohana Khalid
1,060 items
Shop performance
Better than 72% of other shops
Responds within 24 hours
88%

Product description

Sinopsis Anding Ayangan III:
FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar.
Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.
Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?
Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.
Dua pegawai polis jenayah, Rawza dan Fakeh ditugaskan menyiasat kes tersebut. Mereka mendapati pembunuhan yang berlaku melibatkan elemen paranormal. Pembunuhnya sangat licik berselindung di sebalik kelibat manusia lain.
RAMLEE AWANG MURSHID muncul lagi dengan nukilan mutakhirnya - Anding Ayangan III (Hikayat 1). Imaginasi ini sangat luar biasa dengan pemikiran di luar kotak. Cerita ini sememangnya bersandarkan konsep Dark Dream dan make believe. Namun, keseluruhan cerita tetap bersandarkan fiksyen suspens thriller.
"Dongeng bagaikan sakti,Cinta tak pernah mati"
BLURB ANDING AYANGAN III
HIKAYAT 2
Dua dunia semakin bergolak. Kuasa disalah guna kerana tamak. Peperangan kini sukar dielak.
Di dunia Anding Ayangan – Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksa keluar dari persembunyian
demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah.
Di dunia nyata – pembunuhan misteri berlaku menjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit’e
itu bersembunyi di dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh.
Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk’kaa muncul untuk membantu. Bangsa Yuk’kaa pernah berperang
dengan bangsa Makrit’e di angkasa raya.
 

People also searched for

Open TikTok