TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/2
RM25.00

Mama Untuk Suraya - Nuriffa

Sold by Love Novel Publishing
5(2)
12 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Jun 3 - Jun 4

Customer reviews (2)

a**0
a**0
Item: Default
Alhmdulillah buku selamat sampai
Product Review of Mama Untuk Suraya - Nuriffa from a**0 0
February 10, 2024
𝒹**.
𝒹**.
Item: Lalai
cerita comel and less conflict. lama dh dalam cart, finally bli ❤️
1w ago
Love Novel Publishing
210 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
81%
Responds within 24 hours
75%

Product description

TAJUK : MAMA UNTUK SURAYA
PENULIS : NURIFFA
NO. ISBN: 978-967-2467-85-4
BLURB:
Ghaz seorang bapa tunggal kepada Suraya yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa kerana mata kirinya buta. Dia dan bekas isterinya Sarah bercerai ketika Suraya baru berusia 6 bulan.
Durrani pula seorang wanita bujang yang bekerja di syarikat BeliMall milik Ghaz. Dia tidak pernah berjumpa Ghaz secara empat mata. Suatu hari, tanpa sengaja seorang kanak-kanak perempuan berlari dan memeluknya.
“Mama!” – Suraya
“Err… kakak bukan mama adik.” – Durrani
Bermula dari itu, Suraya mula memanggil Durrani dengan panggilan mama. Tidak mahu mengecewakan Suraya yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, Ghaz dan Durrani sama-sama sepakat untuk berlakon. Durrani melayani Suraya dengan baik persis seorang ibu melayani anaknya.
“Aya nak mama. Aya nak mama dan papa sama-sama.” – Suraya
Melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah polos itu, Ghaz dan Durrani tidak sampai hati hendak memberitahu cerita sebenar. Ghaz juga tidak mahu melukai hati puterinya yang benar-benar mahukan kasih seorang wanita bergelar ibu. Maka, Ghaz membuat satu keputusan.
“Durrani?” – Ghaz
“Ya, encik?” – Durrani
“Awak… awak nak tak jadi mama Suraya betul-betul?” – Ghaz
Lamaran a.k.a. permintaan yang sangat mengejutkan. Pada asalnya Durrani teragak-agak mahu menerima. Tetapi, demi keluar daripada keluarga ibu saudara dan sepupunya yang kejam, dia bersetuju juga.
Ghaz dan Durrani berkahwin. Bagi Durrani itulah kebahagiaan yang dia impikan selama ini. Perlahan Ghaz dan Durrani mula jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, bahagia itu sedikit tergugat apabila Sarah, bekas isteri Ghaz muncul semula. Dan pada waktu yang sama, bekas teman lelaki Durrani juga kembali mengganggu hidupnya sekali gus mengingatkan dia tentang masa silam yang menyakitkan.
“I’m back!” – Omar
“I akan ambil balik apa yang pernah jadi hak I. Anak dan… suami I.” – Sarah
Dan apabila ada manusia yang penuh dengan iri hati serta peristiwa silam itu kembali menghantui hidup Durrani, kuatkah Durrani menghadapi segala dugaan dan cabaran? Dan mampukah dia menjadi seorang mama yang terbaik buat Suraya?
Product Introduction of Mama Untuk Suraya - Nuriffa 19

People also searched for

Open TikTok