About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
BahasaBahasa Melayu
PenerbitPatriots Publishing
Kuantiti setiap Pek3
Brandpatriots publishing
Product description
-The Human's Complex (Bahasa Melayu)
-Biologia: Pengajian Tentang Makhluk dan Kehidupan
SINOPSIS THE HUMAN'S COMPLEX:
Minda, pemikiran dan tingkah laku manusia merupakan satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Cabang pengajian tentang minda manusia dikenali sebagai psikologi; merangkumi kajian tentang minda, cara ia berfungsi dan bagaimana proses minda (dalaman) tersebut mempengaruhi kelakuan atau personaliti seseorang (luaran).
Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.
Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.
Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad
SINOPIS MANUSIA SEBELUM ADAM:
Penulis: Luqmanul Hakim Abdul Razak
Persoalan bila Nabi Adam A.S turun ke dunia, persoalan tentang di mana letaknya evolusi dalam umat manusia, dan apakah pendirian umat Islam dalam menanggapi spesies manusia selain Homo Sapiens (Manusia Moden), sentiasa membelenggu kita sejak azali lagi.
Acapkali penemuan berkaitan dengan manusia prasejarah, kita akan dibadai rasa keliru untuk menerima berita itu, atau percaya bahawa Adam ialah manusia yang paling pertama dalam sejarah.
Kami terpanggil untuk meleraikan belenggu itu dalam naskhah terbaharu kami, Manusia Sebelum Adam. Buku ini, dengan izin Tuhan merupakan jawapan yang paling tuntas dalam menjawab segala polemik yang belum menemui kesudahannya di Malaysia.
Buku ini ditulis dengan ayat jitu untuk kefahaman awam, kami berharap buku ini akan memainkan peranan besar dalam menjawab segala pertanyaan anda.
Tatkala anda membaca sinopsis ini, barangkali jantung anda sudah berdegup dan berdetak beberapa kali. Bagi setiap degupan tersebut, otot jantung anda sudah mengembang dan menguncup sebanyak degupan jantung anda. Darah anda juga sudah bergerak menderu ke seluruh badan.
Untuk setiap degupan jantung, seluruh anggota dan sistem badan anda perlu bekerjasama. Dari otak hinggalah ke urat kaki hanya untuk memastikan anda masih sihat dan bernyawa. Ilmu hikmah dalam memahami hal ini yang merangkumi perkara seperti jantung kita dan seluruh makhluk hidup ialah biologi – ilmu tentang makhluk dan kehidupan. Mungkin ilmu ini dipandang enteng bagi sesetengah orang, tapi apa faedahnya mendalami ilmu biologi ini?
Melalui ilmu ini, manusia berjaya menukar baka rumput liar menjadi gandum dan padi. Lantas mengatasi masalah ketidakcukupan makanan di zaman purba. Melalui ilmu ini, manusia mampu menjinakkan haiwan liar dan dijadikan haiwan bebanan dan sumber makanan seperti lembu.
Melalui ilmu ini, manusia mampu melawan penyakit berbahaya yang telah meragut jutaan nyawa seperti COVID-19.
Melalui ilmu ini, manusia mampu mengawal dan memerintah alam sebagai sang pemerintah.
Melalui ilmu ini, manusia bukan sahaja belajar tentang hidupan, bahkan juga belajar tentang erti kehidupan.
Demikian itulah resmi ilmu biologi – ilmu tentang makhluk dan kehidupan.