TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/3
price skeleton

Kebangkitan Pejuang Terbilang

Sold by Hijjaz Records
3 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Jun 28 - Jul 2
Hijjaz Records
53 items

About this product

Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangSyed Mahadzir Syed Ibrahim
ISBN/ISSN9789672278603
BahasaBahasa Melayu
PenerbitHijjaz Records Publishing
Jenis EdisiEdisi Biasa
Tahun2022
Kuantiti setiap Pek1
Brandhijjaz records publishing

Product description

Tajuk: Kebangkitan Pejuang Terbilang
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
ISBN: 9789672278603
Sinopsis
SEJARAH telah mencatatkan bahawa pada kurun ke- 18 ramai pahlawan tanah air telah bangkit menentang British, tetapi perang in berlaku berasingan dalam kawasan (negeri) berlainan dan bukannya perjuangan menuntut kemerdekaan secara serentak di seluruh negara. Para pejuang tanah air seperti Dato Maharaja Lela, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, Laksamana Mohamad Amin, Dato' Sagor, Penghulu Dol Said, Yamtuan Tunku Antah, Dato' Siamang Gagap, Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Syed Saggaf, Dato' Bahaman, Tok Gajah, Haji Mat Lela, Rentap, Roslie Dhoby, Syarif Masahor, Mat Salleh, Antanom, Syarif Osman, Dato Maharajalela Musa Unggu dan Sogunting (Si Gunting) telah bangkit menentang penjajah akibat pentadbiran penjajah yang terlalu menindas dan bertindak kejam terhadap penduduk peribumi. Sejarah Tanah Melayu, memang ada pertumpahan darah dalam perang patriotik yang berlaku pada kurun ke-18 tetapi pertempuran berlaku secara berasingan di negeri-negeri tertentu dan pada masa berlainan. Kebangkitan itu berlandaskan rasa tidak puas hati campur tangan British terhadap kuasa tempatan dan bukan satu revolusi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat ketika menuntut kemerdekaan dari Britain.
Perjuangan anak-anak peribumi ada mencatatkan kemenangan di peringkat awal ketika menentang British tetapi akhirnya tumpas kerana penjajah mempunyai senjata yang lebih baik serta tentera upahan yang ramai. Penentangan in merangkumi penentangan langsung terhadap pentadbiran dan campur tangan British dan penentangan tidak langsung terhadap pemerintahan yang menerima perlindungan British. Kebangkitan itu juga muncul akibat rasa tidak puas hati orang tempatan terhadap sistem cukai tanah dan tanaman yang dianggap tidak adil serta cara kutipan itu dijalankan .Antara penentang British pada kurun ke-18 adalah Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Rentap di Sarawak serta Mat Salleh di Sabah.
Di Pahang, Dato Bahaman menentang penjajah British di Semantan. Tidak juga dilupakan ialah perjuangan Dato Maharaja Lela, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor, Laksamana Mohamad Amin, Dato Sagor, Yamtuan Tunku Antah, Dato Siamang Gagap, Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Syed Saggaf, Tok Gajah, Haji Mat Lela, Roslie Dhoby, Syarif Masahor, Antanom, Syarif Osman, Dato' Maharajalela Musa Unggu dan Sogunting (Si Gunting) yang telah bangkit menentang penjajah akibat pentadbiran penjajah yang terlalu menindas dan bertindak kejam terhadap penduduk peribumi.

People also searched for

Start shopping

Make money with us

Company info

Customer support

Policy and legal

Free shipping
New customer deals
Google PlayAPP Strore
Open TikTok