Buku ini sesuai untuk digunakan oleh pelajar universiti terutamanya yang menjurus kepada pengajian Islam. Namun begitu, ia juga sesuai dibaca oleh orang awam yang ingin mendalami mengenai gelagat organisasi dari perspektif Islam.
Buku ini mengandungi 10 bab yang membincangkan tajuk utama dalam subjek gelagat organisasi dan terdiri daripada aspek personaliti, motivasi, kepuasan kerja, kepimpinan, kerja pasukan, pembuatan keputusan, komunikasi, pengurusan konflik, etika kerja dan pengurusan perubahan.