Dendeng asalnya berasal dari orang-orang Minangkabau zaman dahulu di mana daging lembu dimasak dengan rempah rempah terpilih hingga kering agar tahan lama, terutama untuk pengembaraan. Di Roaster Master World, kami menggunakan pengalaman dalam pengolahan daging kambing dan teknologi moden untuk menghasilkan Dendeng Kambing Ayah dengan rasa yang unik dan asli. Tanpa bahan perasa, pewarna tiruan, MSG & pengawet, dendeng ini dapat bertahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik.
Sesuai dihidangkan:
Dendeng kambing ini menggunakan teknologi retort dan sedia dimakan. Untuk mendapatkan rasa lembut kambing yang lebih sedap dan aroma yang lebih wangi, rendam pek ini di dalam air panas selama 3-5 minit sahaja. Sesuai dihidangkan bersama nasi, roti, lemang, ketupat, nasi impit dan lain2.