Buku Tips & Doa Keluarga Bahagia Mengikut Sunah Nabi ini dituliskan dengan niat untuk membawa diri penulis dan pembaca lebih dekat kepada cara hidup Rasulullah SAW.
Baginda ialah contoh ikutan terbaik dalam menyantuni keluarga.Diriwayatkan daripada
Saidatina 'Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. (HR Tirmidhi, hadis sahih)
Dalam mendidik keluarga, pasti akan ada cabarannya. Ibu bapa perlu menjadi kreatif dalam mewujudkan sebuah suasana rumahtangga yang
bahagia, ceria dan terdidik dalam acuan Islam.
Mari lihat secara positif dan jadikan ia sebagai motivasi untuk terus menerapkan aktiviti yang bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah kepada seisi keluarga.