About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat64
ISBN/ISSN9789671986523
BahasaBahasa Melayu
PenerbitKelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia
Jenis EdisiEdisi Biasa
Tahun2022
BrandGPTD
Product description
Buku kecil ini ditulis buat pesakit-pesakit atau penjaga pesakit yang sedang menerima rawatan di mana sahaja bagi memenuhi sedikit kekuatan emosi buat mereka. Diharapkan buku ini menjadi pembuka mata bagi kehidupan suci murni yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa sakit itu adalah salah satu dari pengalaman yang mana seorang insan dapat mengenal dan merapatkan lagi hubungan dengan Allah SWT.
Adalah menjadi pengalaman penulis sendiri bahawa pesakit yang mempunyai keyakinan diri dan keimanan yang tinggi biasanya lebih cepat untuk sembuh dan mempunyai daya tahan sakit yang mengagumkan. Dan adalah menjadi kenyataan yang tidak dapat ditolak kebenarannya bahawa jasad fikiran emosi dan rohani manusia mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain.
Keseimbangan fikiran emosi dan rohani sangat penting dalam menentukan kesihatan Jasmani manusia.
Buku ini juga ditulis dengan ringkas dan mudah memandangkan pesakit masih lemah dan tidak mempunyai banyak masa. Kami memohon petunjuk Allah SWT. Semoga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dipetik dari kitab-kitab besar menjadi ‘pil dan suntikan’ bagi sebahagian dari penyakit rohani kita pada hari ini.