About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat210
PengarangInsyirah Azhar
BahasaBahasa Melayu
PenerbitHappy Growth Solution
Tahun2024
Product description
Tajuk: Bertanya Allah Dahulu
"Jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tidak bertepi dan terbatas."
Menjadi dewasa itu adalah satu perjalanan yang memenatkan. Ada masa kita suka, ada masa kita berduka. Namun tak semua perkara kita mampu luahkan kepada manusia.
Sebab itulah, kita perlukan Allah dalam kehidupan harian kita.. sebagai tempat untuk kita meminta (berdoa) dan meluahkan apa sahaja tanpa rasa takut dijudge. Walau kadang doa tu tak masuk logik akal untuk diminta, tetapi jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tak bertepi dan terbatas.
Melalui buku ini, penulis Insyirah Azhar berkongsi pengalaman bagaimana mempraktikkan bercakap dengan Allah dalam kehidupan seharian. Seterusnya, berkongsi banyak kisah keajaiban bercakap dengan Allah dari pengalaman beliau dan pembaca konsep Bertanya Allah Dahulu.
Testimoni yang praktikkan BAD:
"Saya pernah lalui moment di mana belum dapat kerja, homeless, depressed, lonely, ditinggalkan semua orang. Dalam keadaan teruji, saya banyak mengadu dekat Dia, banyak bercakap dengan Dia.
Yang paling miracle, saya dapat tawaran bekerja di Singapore dengan gaji 5 angka sebulan. Tempat kerja yang saya dapat tu 100% dia support makan minum, tempat tinggal apa semua. Sekarang dah setahun di sini. Hebat betul kuasa Allah yang tak terbatas. Minta terus dapat. Sangat-sangat berkesan BAD ni kak." - Moza
"Selalu niaga pasar malam sebelum BAD, sales kadang tak sampai RM400, lepas modal dan makan sehari je. Sekarang bila praktikkan BAD, lebih RM500. Allah bagi double Kadang sampai RM700 Dia bagi sehari. Saya jadi suka sangat buat BAD ni. Rasa macam Allah dekat sangat dengan saya. Kalau tak solat, rasa macam diperhatikan. Betul-betul menghidupkan jiwa saya yang kosong ni. ️️" - Erins
"Walau saya sudah mula berborak dengan Allah tapi saya belum nampak kebaikan borak dengan Allah.
Sehinggalah pada suatu hari saya down sebab kerja. Saya cerita dengan Allah, "Ya Allah, nak tengok pelangi. Hari ni sedih sangat dengan manusia. Nak tengok pelangi Ya Allah."
Bila nak sampai rumah tu saya nampak pelangi. Siap berhenti lagi sebab nak tangkap gambar pelangi, bukti untuk diri saya yang Allah dengar saya " - Ekin
#bertanyaAllahdahulu #bukubertanyaAllahdahulu #insyirahazhar #talktoAllah #carabercakapdenganAllah #keajaibanbercakapdenganAllah