Buku ini membincangkan data bahasa Melayu dan maklumat tentang masyarakat penggunanya yang didokumentasikan oleh orang Eropah pada abad ke-17. Dokumentasi yang dibincangkan dalam buku ini meliputi terjemahan, tatabahasa, kamus, dan catatan-catatan oleh orang Eropah yang meliputi sumbangan orang Belanda, Jerman dan England. Tulisan-tulisan orang Eropah ini memberikan gambaran penggunaan bahasa Melayu di Alam Melayu pada abad ke-17.