Suit Delayna 3 in 1 hadir sebagai pilihan sempurna untuk wanita moden yang mengutamakan gaya dan keselesaan. Diserikan dengan perincian rhinestones kecil yang dilekatkan menggunakan teknik press iron-on untuk hasil yang kemas, tahan lama dan tampak mewah — sekaligus memberikan sentuhan feminin dan eksklusif. Potongan baju yang longgar dengan kemasan butang menjadikannya mesra wudhu dan penyusuan, manakala seluar berpotongan loose dengan pinggang bergetah penuh memastikan keselesaan maksimum untuk pelbagai aktiviti. Menggunakan material SPH Cooling Matte Satin, Delayna menawarkan rasa sejuk dan lembut di kulit, sesuai dipakai seharian. Wide shawl pula diperbuat daripada chiffon rose yang ringan dan mudah dibentuk, melengkapkan keseluruhan look yang anggun dan effortless