Tersebutlah kisah, sebuah tanah sedang berkecamuk dengan pertumpahan darah. Indera Kayangan menjajah, Semutar Putih menentang gagah. Di tengah kemelut memuncak, muncul seorang pendekar berpencak.
Tidak bernama, berparut di muka. Handal bertarung, tapi santun orangnya. Ramai menyangka dia ada sakti, tetapi dia memulangkan puja & puji hanya kepada Ilahi. Sedang nama sebenarnya termangga, jelata mula menggelarnya sebagai Nirnama.
Menyebelahi Semutar Putih, Nirnama mengorak langkah merdeka. Menyertai perlawanan, menentang wakil Indera Kayangan. Ratu Mergastua kepala ancaman, Naga Tasik Chini perlu ditundukkan. Semua konco-konconya ditentang, mahu Tanah Semenanjung mendapat tenang.