Product description
Semuanya Untuk Cantik Memahami Realiti Beauty Privilege Dalam Dunia Yang Hanya Menilai Kecantikan Luaran
Penulis: Arlina Arshad & Dr. Fatimah Mohd Nor
Penerbit: IMAN Publication
“Siapa kita sebenarnya kalau dunia tidak melihat paras
Dari kecil sehingga dewasa, perkara pertama yang mudah untuk
ditegur orang tentang diri ialah rupa fizikal kita.
“Kena kuruskan sikit badan, baru senang nak dapat suami.”
Maka kita berhempas pulas, berusaha pelbagai cara untuk
“mencantikkan” diri, agar lebih diterima masyarakat dan tidak ditembak dengan
kata-kata yang menghiris hati. Tak kurang juga berharap agar tidak hanya
dipandang cantik luaran saja.
"Biar muka buruk, asalkan perangai cantik."
Namun, salahkah kalau kita mahu menjadi cantik?
Bukankah cantik akan membuatkan kita lebih istimewa dan bahagia?
Dalam buku Semuanya Untuk Cantik ini, para penulis
mengajak kita untuk merefleksi kembali "erti cantik" yang telah
banyak mempengaruhi kehidupan, sehingga terkadang kita terlepas pandang pada
perkara yang lebih memberi makna pada diri.
Diri anda sekarang ini; adakah ia diri anda yang sebenar atau hanya sekadar persona yang anda cipta supaya diterima dunia?