TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/3
RM55.00

Kombo Detik Menunggu Ajal - Roza Roslan, Zaini Mohd Ariff

Sold by Galeri Ilmu Sdn Bhd
5(2)
25 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Jun 1 - Jun 3

Specifications

Customer reviews (2)

D** N**i T**p
D** N**i T**p
Item: Kombo MKI
Buku diterima dalam keadaan baik, cepat dan buku berkualiti. Recommended product and reseller
5 stars
5 stars
5 stars
1d ago
N**a H**n
N**a H**n
Item: Single DMA
Buku yang semua orang patut beli dan baca.
2d ago
Galeri Ilmu Sdn Bhd
336 items
Shop performance
Better than 94% of other shops
Ships within 2 days
81%
Responds within 24 hours
94%

About this product

BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangZaini Mohd Ariff,Roza Roslan
Tahun2025
PenerbitGaleri Ilmu
Brandgaleri ilmu

Product description

DETIK MENUNGGU AJAL ISBN: KOD: GB0884 PENULIS: ROZA ROSLAN SAIZ: 5.5” x 8.5” (portrait) TEBAL: 424 ms BERAT: HARGA: RM55.00/RM57.00 (S/S)
Sinopsis
Merupakan jurnal penulis yang berada di sisi suami iaitu Muhd Kamil Ibrahim (MKI) yang menghidap barah paru-paru tahap 4, sehinggalah  MKI dijemput pulang ke pangkuan Ilahi.
Penulisan digarap secara kreatif dan disusun mengikut kronologi hari dan tahap kesihatan MKI. Diselangi dengan maklumat perubatan yang berinformasi.
Pengajaran yang paling signifikan adalah bagaimana menjaga hubungan dengan Allah (habluminallah) dan manusia (habluminannas) bukan sahaja bagi pesakit, tetapi juga bagi orang yang menjaga si sakit. Misalnya, menjaga solat walau dalam keadaan tenat.
Hati pembaca pasti tersentuh mengetahui bagaimana MKI redha menerima takdir ujian kesihatan, dan persediaan yang dibuatnya sebelum tiba ajal. Antaranya, beliau telah mengatur sendiri pengurusan jenazahnya apabila tiba masanya. Segala yang berkait dengan hutang juga segera diselesaikan. Seterusnya memohon maaf dan memaafkan salah silap. Dan akhir sekali mengucap selamat tinggal kepada insan-insan penting dalam hidupnya.
Naskhah ini amat bermanfaat bagi sesiapa yang sedang diuji dengan kesihatan, malah menjadi panduan bagi sesiapa yang terlibat menjaga orang sakit.
---
Petikan DETIK 58 ...
 
2.30 pagi 
Suami terbangun sekali lagi. Meminta saya menekan buzzer untuk memanggil jururawat. Doktor datang bersama dua orang jururawat ketika suami sedang berdoa.
“Ya Allah … daku mohon keampunan-Mu. Redhai dan rahmati daku.  Matikan daku sebagai seorang yang benar-benar Muslim. Masukkan daku dalam golongan solihin.”
Doktor berdiri membiarkan sahaja suami berdoa dengan sepenuh hatinya. Setelah usai baru bersuara, “Prof, ini dos terakhir – morfin. Jika sudah bersedia, saya masukkan cecair dalam terapi IV.”
Suami memandang saya dan mengangguk perlahan. Dos subcut morfin dimasukkan ke dalam tapak IV terapi di ibu jari tangan kanan. Sebelum sebarang dos dimasukkan ke dalam badannya, seperti biasa beliau mengucap syahadah.  Kali ini sangat lemah.
Sebelum terlelap beliau mengungkapkan, “Yang, saya penat sangat. Terima kasih jaga saya. Maafkan saya.”
Saya menahan air mata. Memandangnya dengan perasaan berombak-ombak di dada. Jika itu ungkapannya yang terakhir, saya harus meyakinkan pemergiannya saya redhai. Bahunya saya peluk, pipinya saya kucup.
“Yang, awak penat ya? Sekarang awak berehatlah.”
Total switch off.  Saya redha beliau sebagai suami dan redha dirinya pergi menemui Ilahi.
 
3.30 malam
Dos morfin yang mengalir di dalam tubuh suami memberikan reaksi yang menyedihkan. Dirinya seperti di luar kotak sedar dan berusaha mahu turun dari katil. Tenaganya luar biasa. Saya terpaksa menekan butang buzzer memohon bantuan. Doktor bertugas datang memberikan dos penenang.
Katanya, “Itu side effect morfin –  mengantuk tetapi tidak tidur.”
Beberapa ketika kemudian suami kembali tenang. Beliau tertidur. Dalam tidur tangannya seolah-olah sedang di tahiyat akhir. Sesekali bibir  melafazkan ungkapan, “Allah ya Allah.” 
4.30 pagi – doktor datang menjenguk lagi.
5.30 pagi – jururawat datang melihat perkembangan.
Pagi itu suami tidak bangun. Puas digerakkan tubuh badan apabila azan subuh berkumandang. Dirinya sudah tidak sedar. Amirul bergegas mahu pulang ke rumah. Berjanji akan datang kembali.
Ketika itu, saya sedar suami sedang berdepan dengan detik ajalnya. Tiada apa yang dapat saya lakukan, tiada daya upaya melainkan memohon pertolongan Allah.
“Ya Allah,  suamiku sedang berdepan detik ajal. Ilhamkan daku. Berilah daku petunjuk-Mu. Bimbinglah daku.”
Ya Allah … hanya kepadamu daku berserah!

People also searched for

Open TikTok