About this product
Jenis StoranAlmari
Ciri BahanHalal
Product description
‼️TIADA PENGEPOSAN DI SABAH SARAWAK‼️
Tongmoo (juga dikenali sebagai Tongmo) ialah makanan tradisi masyarakat Melayu Champa/Cambodia, berasaskan sosej daging lembu yang diperap dengan rempah khas dan disediakan secara unik. Untuk rasa asli Tongmoo, anda mesti cuba Tongmoo Uuuiii – dibuat sendiri oleh keturunan Melayu Champa Cambodia, mengekalkan resepi warisan turun-temurun.
Hampir 6,000 paket (ala carte) telah terjual! Kini kami tampilkan versi terbaru dalam bentuk 3 set combo istimewa:
• Combo Siem Reap – sempena bandar budaya terkenal Cambodia
• Combo Phnom Penh – diinspirasikan dari ibu negara Cambodia
• Combo Angkor Wat – simbolik utama negara dan warisan Khmer
Apa yang membuat Tongmoo Uuuiii berbeza?
Daging lembu segar dicincang halus, diperap dan biasanya disumbat ke dalam usus lembu. Namun, atas permintaan ramai yang tidak makan usus, Tongmoo Uuuiii menggunakan kulit soya sebagai alternatif — lebih mesra pengguna dan tetap mengekalkan rasa tradisi!
Rasa unik Tongmoo Uuuiii:
Gabungan masam, masin dan manis, sesuai dimasak secara goreng, bakar atau guna air fryer — mudah, cepat & sedap!
Mengikut tradisi asal, Tongmoo dimakan bersama jeruk betik, tetapi versatilitinya menjadikan ia serasi dicicah dengan sous uuuiii,makan bersama nasi, mee goreng dan banyak lagi!