About this product
BrandCeritera Cinta Publication
Product description
BLURB FATEH HAYDEN MR HEARTLESS
Apa rasanya jadi Nur Anis? Nama yang ringkas namun perjalanan hidupnya berliku sejak kecil lagi.
Dia dihina menjadi anak luar nikah walaupun bukan kemahuan dirinya dilahirkan begitu. Bertambah sadis bila ibu bapa kandung hanya mempergunakan dia untuk kesenangan mereka.
Namun untuk semua itu, Anis masih mampu tersenyum. Dia punya keluarga angkat yang sangat menyayangi dirinya.
Cuma, terdetik juga di hati Anis. Adakah keluarga angkatnya saja yang menyayangi dirinya? Menerima segala kekurangan dia?
Nama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Anis sepatutnya rasa bertuah menjadi isteri lelaki itu. Salah seorang pelumba Formula 1 dunia yang menjadi tumpuan ramai dek kebolehan dan ketampanan si jejaka.
Tapi Anis sedar diri. Fateh terlebih dahulu mencintai adik tirinya, Syamila.
Hancur. Sakit hati. Tapi Anis terlanjur mencintai.
Fateh yang tiada hati untuk Anis. Fateh yang dingin. Tiada kemesraan dalam perkahwinan mereka.
Sampai bila perkahwinan yang beku itu bakal berlangsung? Anis juga punya hati dan perasaan ingin dicintai seorang lelaki.
Buku defect kerana salah kurier tidak dapat diskaun/tukar.
Mohon cek muka surat buku, sebarang masalah/pertukaran hanya diterima sekurang-kurangnya seminggu selepas buku sampai. Digalakkan untuk add on extra bubblewrap untuk lebih selamat.