Product description
Mengapa beli di FM Global Books ?
1. Berdaftar di bawah SSM (Trusted Seller)
2. Bungkusan dibalut dengan bubblewrap (Good Packaging)
3. Amanah dan bertanggungjawab (Responsible)
#fmgb #fmglobalbooks #onlinebookstore #kedaibukuonline
Siri 1: Komik Bagaikan Puteri Volume 1: Tetamu Dari Jauh
Selepas 17 tahun, rasa rindu di hati Laksamana Sunan terhadap Kampung Punggor tidak pernah hilang. Apatah lagi apabila mengenangkan orang tuanya.
Desakan rasa itu menyebabkan dia nekad meninggalkan Tanah Rencong. Dalam pelayaran menuju Tanah Melayu, musibah telah menimpa. Cuaca berubah mendung dan kilat sabung-menyabung. Laksamana Sunan tiba-tiba tidak sedarkan diri dan berada dalam dimensi lain.
Di situ, ALLAH mempertemukan dia dengan seorang gadis. Siapakah geragannya? Firasatnya mengatakan ada sesuatu yang bakal menanti!
Siri 2: Komik Bagaikan Puteri Volume 2: Bahtera Kegelapan
Pelayaran pulang Laksamana Sunan ke kampung halaman, penuh dugaan. Di sebalik desiran ombak dan hembusan angin malam, bayang-bayang kejahatan semakin menghampiri. Bahtera yang membawa harapan dan cinta telah diserang oleh musuh tanpa belas. Laksamana Sunan bukan sahaja harus mempertahankan diri, tetapi juga insan-insan yang bergantung harap padanya.
Kehadiran seorang gadis yang tidak diduga juga memaksa Laksamana Sunan mempertahankan bahtera mereka. Mampukah dia menyelamatkan semuanya atau mereka tenggelam dalam badai takdir yang tidak terduga?