Product description
Doa ini ditulis oleh Ustaz Mohd Hishamuddin bin Mansor. Kredit doa ini untuk beliau. Doakan semoga pahala terus mengalir kepada ustaz dengan berkongsi doa yang lengkap dan sangat bagus kepada kita semua.
Buku ini bertujuan memudahkan tetamu Allah yang mengerjakan haji atau umrah berdoa dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami serta meresap ke dalam jiwa.
Ia adalah doa yang meliputi semua aspek yang dihajati oleh setiap orang. Doa ini boleh dibaca dalam Masjidil Haram, Masjid Nabawi, ketika wukuf di Arafah, sewaktu berada di Muzdalifah,Mina atau boleh juga dibaca sepanjang tawaf dan saei serta selepas mendirikan solat. Mudah mudahan doa yang dipanjat dengan setulus hati, insyaAllah dimakbulkan-Nya.
Akhir kata semoga usaha kecil dikira sebagai amal soleh yang mendapat keredhaan dan ganjaran pahala disis Allah SWT di akhirat kelak.
Doa ini kami bukukan juga di Buku fizikal Diari Haji Muassasah (DHM) supaya memudahkan aktiviti pembacaan.
Ayat yang sama,tulisan dibesarkan