About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangIrfan Foner
Tahun2025
ISBN/ISSN978-629-95542-1-9
Kuantiti setiap Pek1
PenerbitIrfan Foner Studio
BrandSiri Bestnya
Product description
Koleksi Lengkap Buku Bestnya! Melukis KARAKTER & Lukisan Bertema Books
Dapatkan buku-buku melukis terbaharu terbitan Siri Bestnya!
β’Bestnya! Melukis KARAKTER - Asas Mencipta Watak Anda Sendiri
β’Bestnya! Melukis LELAKI
β’Bestnya! Melukis PEREMPUAN
β’Bestnya! Melukis LATAR
β’Bestnya! Melukis UNIFORM
β’Bestnya! Melukis EKSPRESI
Kenapa anda perlu dapatkan siri buku-buku melukis Bestnya?
β’Setiap buku ada 16 aktiviti iaitu 16 benda baharu yang anda akan belajar lukis.
β’Setiap aktiviti merangkumi hanya 3 langkah mudah melukis sesuatu
β’Bertemakan KARAKTER - Cara melukis watak dan latar yang comel!
β’Bersaiz A5 dengan ruang melukis yang luas!
BESTNYA! MELUKIS KARAKTER - Asas Mencipta Watak Anda Sendiri
Hari-hari lukis watak anime tapi tiada panduan yang betul?
Teringin nak masuk kelas melukis tapi tak tahu guru yang sesuai?
Inilah buku yang anda perlu hadiahkan untuk anak-anak anda!
7 Sebab kenapa anda perlu dapatkan buku Bestnya! Melukis KARAKTER :
β’Ini adalah buku aktiviti Karakter yang mengfokuskan struktur melukis manusia dalam Bahasa Melayu.
β’Mengandungi 30 aktiviti melukis karakter dalam 1 buku yang seronok, santai dan mencabar skil melukis dan berfikir.
β’Dihasilkan oleh pelukis dan penerbit komik yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam penghasilan komik.
β’Dihasilkan daripada modul-modul pembelajaran dalam bengkel melukis komik dari lebih 40 bengkel yang dijalankan.
β’Buku ini bersaiz A4 dan mempunyai ruang yang luas untuk melukis. Pasti puas hati!
β’Ada ruang pemarkahan dan semakan untuk ibu ayah memantau pemahaman anak pada setiap aktiviti.
β’Dilengkapi dengan tips ringkas dan tips melukis karakter dengan lebih baik pada setiap topik.
4 Kelebihan untuk anak-anak yang menggunakan buku ini :
β’Belajar melukis manusia secara berstruktur dan boleh melukis daripada pelbagai sudut.
β’Kreatif mempelbagaikan bentuk dan rupa karakter dengan teknik yang betul.
β’Faham bagaimana membangunkan karakter termasuk perhubungan, personaliti dan lembaran karakter untuk proposal cerita.
β’Belajar memerhati keunikan dan perbezaan setiap rupa manusia di sekeliling.
IRFAN FONER adalah illustrator dan penerbit komik di bawah jenama Bestnya! - Komik Mesra Famili.
Beliau menghasilkan karya komik sejak tahun 2009 bersama Komik-M PTS, menubuhkan startup Comichat pada 2014, membangunkan syarikat kreatif bersama ABS Ainon Holdings pada 2016, berkuli dengan Startlah Innovation PLT dan menubuhkan perniagaan sendiri iaitu Irfan Foner Studio pada 2018 hingga kini.
Beliau pernah mempamerkan hasil karyanya di China Children Book Fair 2014 di Shanghai, China, Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre 2015 di PWTC dan pernah mengendalikan bengkel komik di Seoul, Korea Selatan pada 2016, selain menyertai beberapa edisi Asian Festival Children Content di Singapura dari tahun 2015-2019 dan Bangkok Rights Fair di Thailand pada tahun 2025.
Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Rekaan Dalaman (Applied Arts & Design - Interior Design) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain dari menerbitkan komik yang menarik, beliau juga bergerak sebagai konsultan komik dan mengendalikan bengkel melukis komik di institusi, sekolah, masjid dan NGO.