Hampir semua orang mengenali atau pernah mendengar tentang kemenyan. Pelbagai kisah mistik dikaitkan dengan kemenyan. Asapnya digunakan untuk ritual memanggil jin atau khadam, menarik kekayaan, memanggil arwah nenek moyang, memulihkan tenaga dalaman, mengusir roh jahat, memuja sesuatu untuk mendapatkan berkat, keselamatan dan pelbagai lagi hajat tuan empunya diri.