Product description
EM 1 ialah produk mikrob mesra alam. Ia boleh digunakan untuk pertanian, penternakan, akuakultur dan rawatan alam sekitar dengan menyeimbangkan komposisi mikrob semula jadi yang selamat untuk manusia, haiwan dan alam semula jadi.
Effective Microorganisms (EM) ialah campuran kultur mikroorganisma berfaedah, terdiri daripada tiga genus utama: yis, bakteria asid laktik dan bakteria fotosintetik. Apabila bersentuhan dengan bahan organik, mikroorganisma ini mengeluarkan bahan berfaedah seperti vitamin, asid organik, mineral berkelat dan antioksidan.
•Memperbaiki keadaan tanah dan meningkatkan pertumbuhan bunga-bunga dan pokok-pokok
•Meningkatkan hasil tumbuhan dan kualiti tanaman
•Mengurangkan bau busuk, mengurangkan lalat, menyekat penyakit dan mengurangkan keperluan antibiotik dan bahan kimia di tempat ternakan.
•Meningkatkan kesihatan haiwan
•Membuat kompos yang berkualiti tinggi
•Mempercepatkan penguraian enap cemar dan mengurangkan bau busuk air kotor.
•Sembur di bilik mandi, dapur dan bilik untuk menghilangkan bau busuk dan menyekat pertumbuhan kulat.
1) Bunga, Sayur-sayuran, Pokok Kecil:
Cairkan EM1 dengan air bersih pada nisbah pencairan 1:100 (EM1: Air) dan semburkan ke daun dan tanah sekali setiap dua minggu.
2) Pokok besar (cth pokok durian, pokok kelapa sawit):
Cairkan EM1 dengan air bersih pada nisbah pencairan 1:20 (EM1: Air) dan semburkan ke daun dan tanah sekali setiap dua minggu.
Mengurangkan bau busuk dan menyekat penyakit:-
Cairkan EM1 dengan air bersih pada nisbah pencairan 1:20 (EM1: Air) dan semburkan ke sekeliling tempat ternakan dan tahi haiwan selang sehari.
Cairkan EM1 dengan air bersih pada nisbah pencairan 1:10000 (EM1:Air) dan tambah ke dalam air kolam sekali setiap 2 minggu.
*EM 1 ialah kultur hidup, oleh itu bekas yang mengandungi EM1 mungkin mengembang dan mengecut, dan serpihan putih mungkin muncul di permukaan. Endapan di bahagian bawah botol adalah perkara biasa. EM1 dihasilkan di bawah lesen EMRO, Jepun.