Product description
Nota dan fakta yang bernas dan tuntas. Kupasan dan kajian yang lengkap dan mantap. Persembahan yang kemas dan jelas dengan penggunaan bahasa yang mudah. Bahan praktis yang intensif lagi efektif, berorientasikan peperiksaan. Inilah kombinasi cukup ampuh yang membentuk siri Kupasan & Kajian KOMSAS Kendiri terbitan SASBADI.
Memang sengaja siri buku ini dibina sebegitu rupa; sesudah dianalisis segala keperluan dalam pengajaran dan pemblejaran dan sesudah dikji kehendak yang tersurat dan tersirat dalam aspek KOMSAS PT3 dan SPM. Tujuannya bukan sahaja untuk membantu para pelajar memahami dan menghayati aspek KOMSAS tetapi juga untuk membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajarannya di sekolah.
Justeru tidak syak lagi bahawa siri Kupasan & Kajian KOMSAS Kendiri ini harus dimiliki dalam usaha memperoleh prestasi terpuji