Product description
Modul Aktiviti MyPdP KSSR Semakan diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) khususnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh itu, kandungan siri ini dirancang dan digubal agar menepati kehendak
PBD baik dari segi latihan mahupun pentaksiran yang disediakan.
Kandungannya dibina juga berdasarkan keperluan buku teks dan maklumat terkini yang diperlukan dalam proses PdP.
Untuk memenuhi keperluan terkini silibus, kandungan siri ini turut digabungjalinkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); i-THINK;
Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM);
Modul Pendidikan Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya;
Modul Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21); nota, dan praktis untuk memastikan murid dapat menguasai silibus dan pelajaran. Persembahan yang diolah secara integrasi ini diharapkan dapat membantu murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.
Bagi memastikan murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan, siri ini turut dilengkapi bahan sokongan digital yang memenuhi keperluan Kelas Hibrid dan Kelas Pintar seperti e-buku interaktif (naskhah guru digital), audio, pautan video, aktiviti interaktif, dan sebagainya. Semua elemen digital ini bersesuaian dengan objektif dan tranformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 serta selaras dengan Dasar Pendidikan Digital untuk melahirkan murid yang fasih digital dan mengupayakan guru untuk mengintegrasikan teknologi digital ketika menjalankan PdP.
Dengan persembahan mesra digital, dwiversi (versi bersemuka dan dalam talian), dwifokus (guru dan murid) serta pendekatan secara didik hibur, dinamik, holistik, inovatif, dan kreatif; siri Modul Aktiviti MyPdP KSSR Semakan ini diharapkan dapat membantu guru untuk melaksanakan PdP secara konvensional, hibrid atau digital sepenuhnya di dalam kelas.
Selain itu, siri ini diterbitkan dengan objektif untuk melahirkan murid yang dapat memahami dan menguasai pelajaran serta kemahiran digital yang amat penting hari ini