Faraid adalah satu daripada enam buah buku Siri Infografik Hifz Al-Mal (Pengurusan Harta Keluarga Islam).
Melalui buku ini pembaca boleh mendapat maklumat berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan faraid termasuklah pengertian, pensyariatan, jenis-jenis waris dan hak-hak berkaitan dengan harta pusaka.
Buku ini turut menjelaskan kaedah pembahagian faraid yang lazimnya kurang diketahui oleh masyarakat.
Persembahan buku ini secara infografik bertujuan membantu pembaca yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bidang untuk mudah memahami kandungan dan maklumat yang disampaikan.