Product description
Bonk Stuiver Belanda ini adalah merupakan Matawang Darurat [ Emergency issue ] yang dikeluarkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda dan matawang Bonk ini pernah digunakan dimasa Penjajahan Belanda di Melaka sebagai matawang .
Matawang Bonk ini diperbuat daripada batang logam tembaga Jepun yang dipotong pendek berbentuk Kiub . Tarikh keluaran Bonk dan nilaian Bonk tersebut dicapkan kepada permukaan Bonk tersebut . Matawang Bonk ini telah mula diperkenalkan oleh Syarikat Hindia Timur dan keluaran Bonk ini diistiharkan sah diperlakukan oleh Placard pada 26hb. Mei 1796 .
Kadar Pertukaran Bonk Stuiver Belanda
1 Stuiver = 4 Doit VOC tembaga
1 Stuiver = 4 Keping Token Singapore
30 Stuiver = 1 Rupee Jawa Silver
30 Stuiver = 1 Guilder Holland
66 Stuiver = 1 Dollar 8 real Mixico
480 Stuiver = 1 duit emas Rupee Jawa