About this product
GayaSantai
CorakPolos
BahanKulit
Product description
Beg Uncang Kulit asli – Sentuhan Tradisional Untuk Gaya Anda
Raikan Aidilfitri dengan beg uncang kulit asli yang elegan dan praktikal. Direka untuk pemanah, sesuai untuk lelaki dan wanita, beg ini sempurna untuk menyimpan telefon, wang tunai, powerbank, kunci, dan banyak lagi. Kombinasi gaya klasik dan fungsi moden – dapatkan sekarang dan tampil bergaya!
Sesuai utk lelaki mahupun wanita
Design dilengkapi tempat talipinggang yg boleh dipakai dipinggang
Saiz berukuran 29cm tinggi x 13cm tapak
Tahukah anda uncang kulit ada sirah hadis nya;
Sahabat Nabi Muhammad yang bernama Jarir bin Abdullah melaporkan, pada suatu hari beberapa orang Arab kampung datang berjumpa Nabi Muhammad dengan memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang yang masih ada bulunya. Apabila Nabi Muhammad melihat kemiskinan orang kampung itu beliau mengesyorkan supaya orang-orang yang ada mengeluarkan sedekah kepada mereka, tetapi anjuran Nabi Muhammad tidak diberikan perhatian serius sehingga menyebabkan tergambar emosi marah pada wajah beliau. Kemudian, ada seorang lelaki datang membawa uncang berisi duit. Selepas itu datang lagi orang-orang lain, sehingga beliau kelihatan gembira. Kemudian Nabi Muhammad berkata, “Sesiapa yang melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatannya itu menjadi teladan dan diikuti oleh orang-orang lain selepas itu, maka dia mendapat paha sebanyak pahala-pahala yang diterima oleh mereka yang mencontohinya, sedangkan pahala mereka sedikit pun tidak dikurangi. Sesiapa yang melakukan keburukan dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang-orang lain selepas itu, maka dia mendapat dosa sebanyak dosa-dosa yang diterima oleh mereka yang mencontohinya, sedangkan dosa mereka sedikit pun tidak dikurangi.”
Hadith No. 1859 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim