•Untuk yang suka bermata coklat, hampir semua warna sesuai kerana coklat adalah warna neutral yang boleh dipadankan dengan tona hangat dan sejuk. Warna emas, gangsa, dan tembaga boleh memberi kesan warm glow, manakala warna ungu atau biru gelap boleh buat mata lebih dramatik.
•Untuk yang suka mata hazel, gabungan warna hijau dan coklat dalam mata boleh diserlahkan dengan warna-warna keemasan, hijau zaitun, atau burgundy. Warna ini membantu menaikkan efek berkilau pada mata dan memberi dimensi yang lebih menarik.
•Untuk mata kelabu atau biru, tona hangat seperti peach, coral, dan coklat lembut boleh buat mata nampak lebih hidup dan bertenaga. Kalau nak lebih dramatik, cuba warna-warna sejuk seperti silver, biru navy, atau ungu gelap yang boleh beri efek lebih tajam dan bold.