Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara mendalam dan dalam tempoh yang panjang berdasarkan penyelidikan di lapangan dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini. Menerusi buku ini, pengarang menjejaki pengaruh para ulama Kurdi terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu tasawuf. Pengarang membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara selain juga turut memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam lapangan masyarakat dan politik khususnya di Indonesia dan umumnya di Nusantara. Menerusinya pembaca dapat memahami sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran yang tertua dan paling berpengaruh di pelosok alam Nusantara ini.