Product description
Advantage-cat ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif imidacloprid daripada kumpulan 'neonicotinoid' yang bertindak secara sentuhan dan keracunan perut.
Pusingkan dan tarik penutup pipet Advantage-cat. Gunakan jari untuk menyebar bulu di bahagian atas leher kucing sehingga kulit kelihatan. Picitkan Advantage-cat ke atas kulit sehingga kandungan pipet kosong. Keberkesanan Advantage-cat dapat dilihat selepas beberapa jam. Ulangi rawatan selepas empat (4) minggu, jika perlu.AWAS: a) Bahava Kepada Manusia: Berbahaya jika termakan. Elakkan daripada terkena kulit atau mata. Ketika mengendalikan produk ini, JANGAN makan, minum atau merokok Selepas mengendalikan produk ini, pastikan tutup bekas racun dengan rapat dan simpan di tempat berkunci yang mempunyai peredaran udara yang baik, kering dan dingin.Pastikan cuci tangan sebersin-bersihnya menggunakan sabun dan air yang banyak.Pakaian dan Alat Perlindungan: Ketika mengendalikan produk ini, pastikan pakal pakaian pelindung diri (PPE) berpiawaian termasuk sarung tangan (Rujuk Risalah Data Keselamatan).
b) Bahaya Pada Alam Sekitar: Produk ini adalah berbahaya pada organisma akuatik
dan ikan. JANGAN cemarkan kolam, sungai atau saliran air.
TANDA KERACUNAN: Sesak nafas, kejang otot dan mual.
RAWATAN KECEMASAN: Jika terkena pada kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit.
Jika tertelan, JANGAN ikhtiarkan pesakit itu muntah. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
RAWATAN PERUBATAN: Rawatan hendaklah mengikut tanda sakit.
MEDICAL TREATMENT: Treatment is symptomatic.
JANGAN GUNAKAN BEKAS RACUN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN