Product description
Β Kali ini saya dengan ini mengeluarkan beberapa baju sikap yang terhad yang sering dipakai para golongan bangsawan ketika dulu. Anatomi baju sikap ini selalunya berkolar tinggi dengan gadingan 6 butang yang saya fikir pasti mengingatkan pada enam perkara pada rukun kepercayaan dalam agama islam.
Bukan itu sahaja, saya jadikan ia saiz yang bebas bersesuaian buat pemakai kecil, sederhana dan besar. InsyaAllah dapat dipadankan dalam busana.
Selain itu juga, saya menitik beratkan pada bukaan ketiak dan perut agar si pemakai tidak berasa janggal dan selesa memakai. Begitu juga, labuh baju dan tangan dengan bukaan bukaan leher, perut dan tangan memastikan ia ciri ciri keselesaan.
Kejaminan testur corak pada kain yang mampu menarik perhatian dan sangat limited. Amat jarang Chendra Purnama mengeluarkan baju baju sikap dengan kadar maharnya berpatutan dan ia mampu milik yang pasti ia menjadi igauan kepada anda baik para lelaki dan para wanita diluar sana ingin memiliki. Ternyata setiap kali keluaran memastikan ia tersangatlah rare kerana dalam dunia hanya seorang pemakai.
Bukaan tangan 17inci (ukurlilit)