Hai Assalamulaikum semua, selamat datang ke Kedai Maw Rar Resources (JM1011412-W)
Di sini saya ingin memperkenalkan colek buah (Kuah Rojak Mak Aku) yang sangat best, sedap makan dengan buah-buahan. Kuah Rojak Mak Aku adalah 100% Produk Bumiputera dan Produk Melayu Muslim.
P/S: Setiap pembelian 1 botol Kuah Rojak Mak Aku, Kita akan bagi 1x kacang asing dalam plastik ziplock.
Cara penggunaan:
Buka penutup kuah rojak ni dan tuangkan ke atas pinggan. Elakkan ambil dengan tangan ataupun cicah terus dalam botol, tapi kalau nak makan habis untuk satu botol tiada masalah. Boleh juga makan dengan pelbagai jenis buah-buahan seperti mangga, betik, salak, jambu, kedondong, bidara, celagi, nenas, epal dan lain-lain. Kuah Rojak ni boleh juga makan dengan sengkuang, tauhu goreng dan mee goreng pun ada juga orang buat tapi fokus utama kita untuk cicah dengan buah-buahan.
Cara Penyimpanan:
Boleh simpan di suhu bilik, letak atas meja atau tempat-tempat yang tak ada serangga macam semut. Boleh juga simpan dalam peti lagi selamat, tapi kuah rojak ni akan jadi sedikit pekat, tapi tak apa nanti nak makan buat keluar dulu tunggu dia tak sejuk, baru ambil makan
Berapa lama tahan (expired date):
Kuah Rojak ni tahan selama 12 bulan (1 Tahun), saya rekomen kuah rojak ni simpan dalam peti lepas makan, tutup elok-elok simpan.
Info Tambahan:
Kuah Rojak ni ada belacan, sebab bahan utama dia memang belacan, kalau yang tak ada belacan dia jadi kuah kicap biasa. Untuk yang alergik sederhana boleh cuba ambil saiz 300g dulu, kalau yang alergik kuat sangat yang ni kena fikir dulu. Tahap kepedasan saya boleh bagi 5/10, dia tak pedas sangat, ada pedas sikit saja hujung-hujung, budak-budak pun boleh makan. Kita buat kurang pedas supaya semua peringkat umur boleh makan.
Order sekarang Fast Shipping
Kuah Rojak Mak Aku akan merantau 1 Malaysia