About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangDale Carnegie & Associates,Inc.
PenerbitAcePremier.com Sdn Bhd
Tahun2025
ISBN/ISSN978-629-7699-53-0
Bilangan Muka Surat272
Product description
Sebuah adaptasi moden daripada panduan abadi karya Dale Carnegie untuk menghadapi cabaran era digital. Nasihat Dale Carnegie telah menjadi panduan utama bagi jutaan pembaca selama lebih daripada tujuh puluh lima tahun, membantu mereka mencapai kejayaan dalam kehidupan peribadi dan profesional.
Kini, karya klasik ini telah diperbaharui untuk mengatasi kerumitan zaman moden. Buku ini akan mengajar anda cara berkomunikasi dengan diplomasi dan kebijaksanaan, membina rangkaian social yang kukuh, menarik perhatian dan minat orang lain, menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan, menjadi pemimpin yang lebih berpengaruh, meningkatkan keupayaan untuk menyelesaikan masalah serta mengoptimumkan penggunaan alat digital.
Pendekatan Dale Carnegie yang praktikal terhadap komunikasi telah bertahan lebih satu abad, memberikan inspirasi kepada berjuta-juta pembaca. Salah satu contoh ketara ialah Warren Buffett, yang hanya menggantung satu diploma di pejabatnyaβsijil daripada Dale Carnegie Training.
Lee Iacocca pula mengakui bahawa ajaran Carnegie memberinya keberanian untuk berucap di hadapan orang ramai. Malah Scott Adams, pencipta Dilbert, menyifatkan ajaran Carnegie sebagai sesuatu yang βmengubah hidup.β Untuk memastikan relevansi di era digital yang serba pantas, Dale Carnegie & Associates, Inc. telah menyusun semula panduan klasik ini.
Walaupun cara kita berkomunikasi telah berubah dengan kemunculan alat digital yang canggih, prinsip asas Carnegie tentang komunikasi, kepimpinan dan keberkesanan tetap relevan dan tidak ternilai sepanjang zaman.