Dendam dan rasa cemburu kerana salah satu puak menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah menjadikan kedua-dua puak kongsi Ghee Hin dan Hai San lupa asal usul mereka yang datang dari kawasan yang sama. Keinginan untuk menguasai kekayaan bijih timah ini menghancurkan kedamaian Larut. Menteri Larut bertindak untuk menyelesaikan masalah. Namun, keadaan menjadi semakin kusut apabila kedua-dua kongsi gelap mendapat sokongan pembesar Perak yang berbeza ini menjadikan Perang Larut semakin gawat dan berlarutan.