Packaging:kemasss,bubble wrap teball tak ada calar langsung!!! even kemek pun takda!
Printing quality:tak ada kerosakan.
my ehsan eskandar is perfect aww
sangat ii recommend this seller! gonna repeat soon.
March 2, 2025
Product description
HARDCOVER HIS CODE NAME: ALPHA
“Aku tahu Dhia masih sayangkan aku.”
“Go and ask her. Kalau dia betul sayangkan kau, dia tak akan kahwin dengan aku,” jawab Ehsan malas.
Akhirnya dia pergi meninggalkan lelaki itu. Panas hatinya tiba-tiba. Kalau tak kenangkan ada berpasang-pasang mata yang memerhati, sudah lama lelaki itu dia lenyak sampai lunyai.
Fakhrul tersenyum sinis. Lelaki yang bergelar
suami Dhia sudah mencabar dirinya.
Habis saja menggemas pakaian, Dhia keluar dari bilik untuk mencari di mana suaminya berada. Pergi saja ke dapur, mama memberitahu bahawa Ehsan tengah sibuk
membasuh periuk di belakang. Rajin betul! Suami siapa ya?
Langkah diambil pergi ke ruang tamu hadapan, semakin berkurangan para tetamu yang hadir. Lagipun hari sudah petang. Tetamu manalah yang nak duduk lama-
lama di sini.
“Dhia... I nak cakap dengan you.”
Tangan Dhia diraih kasar. Dhia menepis.
“You ni kenapa? Sesuka hati pegang-pegang
orang? I ni isteri orang you tahu tak?” marah Dhia.
“Okay I’m sorry! But please, biar i cakap dengan you.”
“You nak cakap apa lagi Fakhrul? I rasa hubungan kita ni dah lama putus. Dah tak ada apa lagi yang perlu dibincangkan. You dengan dunia you, dan I dengan dunia I.”
“Dhia, I tahu you masih sayangkan I. We can fix this. I tak kisah pun sama ada you ni bekas orang ataupun tidak. I sayang you Dhia.”
.
Akan mendapat sticker bertandatangan digital dan fotokad.