TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/5
RM35.00

Tuhan, Aku Ingin Sembuh | Tuhan, Aku Ingin Hijrah | Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi | Tuhan, Aku Ingin Cahaya | Adnin Roslan

Sold by Crescent News KL
3 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 20 - Apr 23

Specifications

Crescent News KL
40 items

About this product

BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
BrandTARBIAH SENTAP

Product description

Buku hangat terbitan Ustaz Adnin Roslan
Tuhan, Aku Ingin Sembuh
Tuhan, Aku Ingin Sembuh adalah sebuah monolog, luahan, pesanan, surat dan pujukan buat mereka-mereka yang diuji hingga dirinya hampir mengalah. Tak salah nak bersedih, namun berterusan dalam kesedihan itu terkadang membuatkan hatimu bertambah luka. Air mata jernih yang mengalir di pipimu, bisa merubah menjadi racun yang akan membunuhmu. Kerana itu, carilah kesembuhan. Namun, dalam perjuanganmu untuk sembuh, jangan pernah lupa untuk meminta dari Sang Maha Penyembuh. Healing, jangan sampai hilang.
Tuhan, Aku Ingin Hijrah
Baiknya Allah kepada kita, walau kita ini sering melakukan dosa padaNya, Dia masih memberi pelbagai rahmat kepada kita. Kadang, kita tertanya-tanya, kenapa kesedihan dan masalah hidup kita tidak hilang? Dan kenapa hati kita masih lagi sakit dan belum sembuh? Mungkin, kerana kita belum berhijrah pada Allah. Kerana, ketika telah menumpuk dosa seorang hamba, namun dia tidak punya amal kebaikan untuk menghapusnya, maka Allah akan berikan ujian kepadanya dengan kesedihan untuk menghapuskan dosanya. Hijrah, adalah solusi sebenar bagi mereka yang ingin sembuh.
Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi
Inilah impian dan doa yang sering dibaca oleh semua perindu Nabi Muhammad SAW. Namun, adakah kita layak untuk bertemu baginda? Apakah amalan yang melayakkan kita untuk bertemu baginda? Apakah dosa yang menjadi penghalang untuk kita bertemu baginda di akhirat kelak? Dalam buku "Tuhan, Aku Ingin Jumpa Nabi" ini, saya susun satu rangka cara untuk meningkat rasa rindu ingin berjumpa sang nabi nan agung ini di akhirat kelak, dan insya-Allah mungkin sahaja boleh bersama baginda di syurga, amin.
Tuhan, Aku Ingin Cahaya
Mendakap Depresi Dengan Al-Quran, Sunnah, Sains dan Pengalaman Adakah anda sedang bertarung dengan depresi, atau mengenali insan tersayang yang tenggelam dalam kegelapan tanpa jalan keluar? Buku ini hadir untuk anda yang sedang mencari harapan:
* Pejuang yang telah didiagnosis dengan depresi dan kini bertarung untuk bertahan setiap hari, melawan keletihan emosi dan mental. * Mereka yang merasa dunia semakin suram, tiada kebahagiaan, tiada harapan, tetapi tidak pasti adakah ini depresi yang sebenar. * Individu yang ingin menjadi cahaya untuk insan tersayang, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memahami penyakit ini atau cara membantu mereka.
Gabungan mukjizat Al-Quran, hikmah Sunnah, penemuan Sains Moden, dan pengalaman sebenar penulis dan sahabat-sahabat pejuang depresi dalam buku ini adalah panduan untuk anda memahami depresi, melawan kegelapan, meredhai ujian dan memulakan langkah penyembuhan. Cahaya dan harapan itu wujud - Allah tidak pernah meninggalkan anda.
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok