About this product
- Jenis Storan:ROOM TEMPERATURE
- Organik:Tidak
- Berat bersih:180GRAM
- Bahan-bahan:CILI
- Ciri Bahan:Halal,Organik
- Jangka Hayat:12 Bulan
- Jenis Pembungkusan:Botol
- Amaran umur:Tidak
- Rantau Asal:MALAYSIA
- Kuantiti setiap Pek:1
- Tarikh luput:09-02-2026
Product description
Sambal Penyet, Sambal Hijau, dan Sambal Gepuk/Geprek/Serbaguna – tiga varian sambal yang penuh rasa dan keaslian dari Restoran Sambal Lalapan Klang. Resepi asli dari Madiun, Jawa Timur, Indonesia, sambal-sambal ini mula dicipta semasa tempoh MCO PKP yang mencabar. Ketika itu, sambal kami menjadi pilihan ramai pelanggan yang ingin menikmati hidangan pedas yang menyelerakan di rumah. Alhamdulillah, sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami ketika itu sangat luar biasa.
Setelah PKP berakhir, kami kembali fokus pada restoran dan kini ia sudah stabil dan terus berkembang. Namun, kami tidak mahu hanya penduduk Klang Valley sahaja yang dapat merasai keistimewaan sambal kami. Sebagai tambahan, kami memperkenalkan **Sambal Botol** supaya lebih ramai orang, terutama mereka yang jauh dari Klang Valley, dapat menikmati sambal kami yang asli dan pedas ini di rumah!
Setiap sambal kami dibuat dengan bahan berkualiti tinggi, Halal, Toyibban, dan dijamin selamat untuk semua. Restoran kami sudah beroperasi selama 6 tahun, dengan ramai pelanggan setia yang sentiasa kembali untuk menikmati sambal yang segar, pedas, dan penuh cita rasa.
Sambal Lalapan Klang – lebih dari sekadar sambal, ia adalah pengalaman rasa yang tiada tandingan! **Sambal Lalapan, Makan Tak Bosan!