Product description
Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey memuatkan bahan tentang sistem pengelasan
yang digunakan di pusat-pusat sumber. Bahan yang dimuatkan ke dalam buku ini
disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh semua golongan, bermula dengan
konsep asas sistem pengelasan yang telah digunakan olah manusia dari zaman
Aristole hingga ke penggunaan Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey yang
digunakan pada masa kini.
Buku ini mengesyorkan dua cara pengelasan sesebuah buku. Pendekatan pertama
menggunakan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey iaitu daripada proses
ringkasan pertama, ringkasan kedua- dan ringkasan ketiga yang telah disenaraikan
untuk digunakan di pusat sumber. Pendekatan sedemikian dinamakan Pendekatan
Aktif. Pendekatan kedua dinamakan Pendekatan Pasif dengan menggunakan Senarai
Tajuk Perkara dan kod Senarai Pengelasan Perpuluhan Dewey ketika mencari suatu
kod pengelasan untuk sebuah buku.
Buku iní juga dilengkapkan dengan beberapa arahan dan panduan cara memproses
sebuah buku dengan memilih kod pengelasan yang tersedia itu. Malahan, ia menjadi
teras kandungan buku ini. Penyusun mengasaskan arahan dan proses pengelasan
yang terdapat dalam buku ini pada kod pengelasan yang tersenarai dalam Senarai
Ringkas Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka)
dan Dewey Decimal Classiffication edisi yang ke-19 dan ke-20 karya Forest Press.