Product description
“Dia ni tak ada common sense ke?”
“Tak sedar ke apa yang dia buattu salah?”
Dalam hidup ini, kita pastiberjumpa pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati dan mencabar emosi.
Sepupu yang suka bergurau tentangbentuk badan.
Kawan yang acah serba tahu semuabenda.
Rakan sekerja yang rasa cara diasaja yang betul.
Sudahnya, kita biarkan sajamereka. Kita cuba kurangkan interaksi dan menjauhi mereka, namun penyelesaianseperti ini selalunya tidak praktikal dan tidak sihat dalam realiti kehidupan.Suka atau tidak, kita tetap perlu bersua muka dengan mereka.
Lalu, bagaimana caranya untukkita menghadapi orang yang sukar sebegini?
Dalam buku ini, para penulismengajak kita untuk tidak semata-mata mengelak atau bertahan dengan situasi,tetapi juga mempersiapkan diri dengan skil yang diperlukan dalam berhadapandengan orang yang mencabar dalam hidup.
Kerana pada akhirnya, mengenaliperhubungan sesama manusia juga akan membawa kita untuk memahami batasan emosidiri sendiri.