Product description
Buku ini adalah panduan terbaik amalan dalam kehidupan yang padat dengan 103 muka surat. Buku ini menghimpunkan zikir-zikir dan doa-doa pilihan dari Al-Quran dan Hadis yang boleh dijadikan sebagai wirid dan zikir harian bagi menguatkan jasmani & rohani, memberi ketenangan jiwa serta mengharapkan belas kasihan dan keampunan Allah SWT dan dikurniakan rezeki dari pelbagai arah.
Buku ini juga terdapat jadual harian dari pagi sampai malam amalan-amalan dicintai Allah SWT bagi mencapai kebaikan kehidupan di dunia dan di akhirat. Buku ini padat dengan zikir-zikir luar biasa serta fadhilat yang boleh membantu pembaca untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapat keberkahan dari-Nya.
Buku ini juga padat dengan doa-doa mustajab serta fadhilat yang boleh membantu pembaca untuk mendapat keberkahan dari-Nya dan mengharapkan keredhaan-Nya. Surah-surah Al-Quran serta kelebihan untuk diamalkan terdapat dalam buku ini. Buku ini sesuai diamal semua peringkat umur dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Buku ini mempunyai tulisan besar yang mudah untuk dibaca, dihayati dan difahami. Susunan teratur dan lengkap dalam buku ini memudahkan pembaca untuk mengamalkan amalan-amalan yang terdapat dalam buku ini dengan lebih teratur dan lengkap. Cetakan buku semua di semak dengan rapi. Oleh itu, buku ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendapat keberkahan dari-Nya.