Penulisan teks ucapan sememangnya sesuatu yang sukar jika kita tidak mengetahui caranya. Sebenarnya, bukan semua orang mampu menulis teks ucapan. Namun, bukan suatu yang mustahil untuk anda lakukan jika anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam hal ini.
Diharapkan buku ini dapat membantu sesiapa sahaja sama ada guru, pegawai kerajaan, kakitangan swasta atau perbadanan dan orang ramai yang ingin menambah pengetahuan dalam penulisan teks ucapan. Penerangan dan contoh teks ucapan yang dimuatkan dalam buku ini sememangnya dapat membantu anda untuk menulis teks dengan baik dan berkesan.