FIBROID RAHIM bukan semuanya bahaya, TAPI jika besar ia harus di buang.
❇️ FIBROID adalah sejenis ketumbuhan bukan bersifat kanser pada tisu otot rahim.
ADA 4 JENIS FIBROID...
❇️ FIBROID INTRAMURAL >> paling sering terjadi di kalangan wanita dan tumbuh di DINDING rahim.
❇️ FIBROID SUBSEROSAL >> tumbuh di bahagian LUAR dinding rahim. Bila bertambah besar ia boleh menyebabkan tekanan terhadap organ berdekatan atau rasa sakit kerana ukuran saiznya.
❇️ FIBROID SUBMUCOSAL >> tumbuh tepat DIBAWAH lapisan rahim dan boleh memasuki rongga rahim, menyebabkan PENDARAHAN BERAT dan komplikasi lebih serius. (jarrrang berlaku, TAPI janganlah sampai ianya berlaku)..
❇️ FIBROID PEDUNCULATED >> boleh tumbuh sama ada di LUAR RAHIM atau DIDALAM RONGGA RAHIM.