Kacip pinang sebenar. Tajam serta keras.Diperbuat dari besi waja yang terbukti ketahanannyaDigunakan untuk memotong dan mengupas buah pinang bagi tujuan makan sirih.Kegunaan lain terutamanya didapur termasuk menghiris gula melaka serta memotong siput sedut dan sebagainya Meskipun bentuk kacip pinang kelihatan kecil dan mudah, namun pembuatannya sangat sukar dipelajari, malah tidak sama seperti membuat keris atau parang. Bukan calang-calang orang boleh menghasilkannya terutama dalam masyarakat moden kerana dikatakan ia memerlukan masa kira-kira 10 tahun untuk menjadi mahir. Bukan setakat mahir, bagi yang ingin mempelajarinya perlu mempunyai minat mendalam supaya ia dapat disebatikan dengan kemahiran yang sedia ada, selain boleh meningkatkan kecekapan bagi menghasilkan kacip pinang berkualiti dan lebih berseni.