Product description
Ugama Islam dan Akal adalah buku hasil karya Syed Syeikh Al-Hadi pada tahun 1930. Ugama Islam dan Akal menceritakan tentang kepentingan menggunakan akal disamping dalil dalam beragama.
Buku ini menunjukkan bagaimana manusia sering beragama tanpa berfikir. Ugama Islam dan Akal menceritakan bagaimana Islam mengangkat dan mengiktiraf fungsi akal. Syed Syeikh Al-Hadi menggunakan Rukun Islam sebagai kerangka dan menceritakan fenomena semasa umat Islam pada zamannya dan bagaimana seharusnya keadaan umat Islam berdasarkan tujuan agama itu sendiri.
Terbitan semula Ugama Islam dan Akal ini turut memuatkan rujukan daripada Al-Qur'an dan hadith. Info dan lakaran sanad hadith disertakan.