Product description
To Love You, I Don't Need A Reason.
Pada detik pertama terlafaznya persetujuan di bibir Milna untuk menjadi isteri Kai, sekelip mata telah mencetuskan rasa tidak puas hati di pihak musuh. Milna menerima ugutan bunuh.
Malangnya musuh itu tidak kelihatan. Tidak tahu siapa punya angkara semua bencana yang tiba-tiba muncul dan secara bertalu-talu itu. Semua orang di sekitar mereka kelihatan baik sesungguhnya di mata mereka. Tidak dapat dikenal pasti pihak mana satu yang sebenarnya gunting dalam lipatan.
Milna cuba menurut kata musuh itu. Bersetuju berundur dari hidup Kai walau Kai berkeras menghalang. Tapi malangnya keadaan menjadi lebih buruk selepas itu.
Maka Milna pun lebih berhati-hati dalam mempercayai manusia sekitarnya. Dia perhati dan teliti dalam-dalam setiap individu yang berlegar di sekitarnya.
Jane… Wanita yang pernah berjanji untuk merosakkan hidupnya gara-gara dia berjaya merampas Kai dari genggaman wanita itu.
Adam… Lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan berjanji bakal buat dia menyesal lantaran dia menolak lamaran lelaki itu.
Benarkah semua yang berlaku selama ini memang angkara dua manusia itu? Tapi kenapa mereka sendiri turut menjadi makanan kepada si pemangsa itu? Betul-betul merekakah punca malapetaka yang tak putus-putus ini? Ataukah… sebenarnya jawapan itu ada pada Kai sendiri?
“Awak… ada masalah split personality?” – MILNA FAYE