Tajuk Buku : Teroka Sains 3.
Uniknya Awak
Pengarang : Wan Fahmi, PHD
Nur Annies, PHD
Penerbit : Teroka Sains Sdn Bhd
Tahun Terbitan : 2021
Cetakan Kedua : Mac 2021
No. ISBN : 9789671727041
Bilangan muka surat : 151
Harga : RM 35.00
Buku ini sarat dengan fakta sains yang sangat menarik. Di dalam buku
Teroka Sains 3 ini, penulis banyak menceritakan keistimewaan tubuh
badan manusia yang sememangnya sangat menakjubkan bermula
dari kepala sehinggalah ke kaki. Antara fakta menarik yang ditulis oleh
penulis adalah:
1.Manusia lupa mimpi semalam apabila terjaga dari tidur.
Walaubagaimanapun, saintis telah cuba untuk melihat mimpi
manusia dengan menggunakan komputer dan kecerdasan buatan.
Manakala robot akan membantu membuat simulasi.
2. Jika kita berada di tempat yang sejuk selama 15 minit, ianya dapat
membakar lemak sama seperti kita bersenam selama sejam.
Menarikkan?. Ini kerana ketika kita menggeletar, kita menggerakkan
semua otot dalam badan.
3. Fakta ini unik dan menarik. Manusia
mempunyai gigi yang sangat unik. Selama
ini kita hanya mengetahui cap jari manusia
adalah berbeza, tetapi gigi setiap manusia
juga adalah berbeza walaupun adik beradik
kembar. Unikkan?. Perbezaan ini
membolehkan rekod pergigian digunakan
untuk mengenal pasti identiti manusia.
Keseluruhan buku ini sangat menarik dan penuh dengan
keunikan dan keajaiban ciptaan Allah yang perlu kita ketahui dan
pelajari. Oleh itu, kita sebagai makhluk ciptaan Allah perlulah
sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya.
Sekian.