Product description
Sambal tumis belacan dan ikan bills ditumbuk kasar dengan bahan utamanya iaitu umbut tepus, yang memberikan aroma menarik pada sambal ini.
Sambal ini siap untuk dihidangkan samada setelah dipanaskan sekejap atau dihidang terus pada suhu bilik. Ia mempunyai tahap kepedasan sederhana. Ia juga mudah dibawa ke mana sahaja.
Anda boleh menikmati sambal ini dengan pelbagai jenis hidangan seperti nasi, mi, bubur, telur/ayam/daging/ikan goreng dan sebagainya.
Sambal ini pasti akan menaikkan selera makan anda.