Product description
Mia dan Kia adalah pasangan kembar tetapi memiliki karakter yang berlainan. Mia seorang anak yang manja tetapi agresif manakala Kia pula lemah lembut dan 'cool'. Kombinasi karakter yang berlainan ini menjadikan mereka dapat mengatasi konflik yang dihadapi meskipun berhadapan dengan pelbagai misteri. Gempar!!! Misteri jari putus di taman permainan kanak-kanak menggemparkan penduduk saban hari ada sahaja kes aneh yang berlaku. Satu demi satu kes rompakan yang terjadi. Apabila ditanya. mangsa ibarat hilang kata-kata. Bagaikan....dihipnosis! Mia dan Kia hairan. Semua kejadian yang berlaku terlalu misteri. Ibarat, ada satu kuasa yang menggerakkan semua perbuatan jahat disebalik jari-jari misteri! Persoalannya. milik siapakah jari tersebut? Adakah ia milik seorang manusia atau hanya sebuah entiti???
Siapa sangka, sebuah padang sekolah boleh berpuaka? Di padang itulah ada yang menjadi mangsa keracunan, manakala kain dan langsir mula mereput, kononnya dikatakan berpunca daripada padang yang sama. Mia dan Kia cuba mempertahankan padang itu demi pasukan hoki mereka. Tapi, padang itulah menjadi punca Mia dan Kia tersepit di antara sebuah fitnah dan ancaman nyawa. Adakah Mia dan Kia dapat menyelesaikan misteri padang puaka tersebut?
3.MISTERI HANTU JARANG GIGI
Apa?! Hantu Jarang Gigi mengganas lagi? Kali ini, lolongan penunggu rimba itu membuatkan penduduk
orang asli diserang trauma. Satu demi satu kejadian aneh berlaku. Penampakan susuk tubuh Hantu Jarang
Gigi membangkitkan naluri penyiasat muda, Mia dan Kia. Persoalannya, mampukah detektif muda tersebut
menjejaki penunggu rimba yang sentiasa dahagakan darah itu?