-Decant, adalah perfume original yang di dipindahkan dari botol asal & diisi semula ke dalam botol-botol yang lebih kecil (5-20ml).
-decant perfume lebih kecil & mudah di bawa kemana-mana, lebih praktikal daripada membawa sebotol besar perfume kegemaran anda di dalam beg ketika anda berada di luar rumah.
-decant perfume popular dikalangan komuniti peminat & pengumpul perfume kerana mereka tidak perlu membeli 'full bottle' secara 'blind buy' untuk mencuba perfume-perfume baru. Ianya boleh dibeli dari kalangan ahli komuniti yang lain dengan harga yang berpatutan.
-secara umum, 1ml perfume bersamaan dengan 8-12 sprays. Setiap pemakaian perfume anda mungkin memakai 5-7 kali sprays.
.
.
KELEBIHAN DECANT PERFUME
- dijadikan sebagai 'tester'untuk mencuba keserasian bauannya sebelum anda membuat keputusan untuk membeli full bottle.
- bajetnya yang lebih kecil untuk membeli perfume kegemaran.
-boleh mempelbagaikan variasi koleksi perfume dengan bajet yang anda ada.
- dapat mencuba perfume-perfume mahal (niche perfume) atau (designer perfume)ย dengan kos yang lebih rendah tanpa perlu membeli full bottle yang harganya mungkin mencecah ribuan ringgit.