Product description
JUDUL : JOURNEY SERIES : TRAVEL
AIR MATA DI IZMIR - AISYA SOFEA
Angkara cemburu, rumah tangga Alin dan Jazlan berantakan. Lalu Alin nekad ke kota Izmir demi meraih semula kasih suaminya. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Bila pertemuannya dengan Erhan berlaku tanpa sengaja, Alin tidak sedar ada cinta yang cuba disampaikan oleh lelaki kacak bermata biru itu. Mampukah Alin mempertahankan ikatan perkahwinan bila kesetiaannya tiba-tiba diuji?
KEMBARA KASIH DI EASTERN EUROPE - NORZAILINA NORDIN
Sebagai seorang tour leader, Wakeel Andika hanya fokus kepada tugas dan para peserta rombongannya. Namun, kehadiran Isla Medina, gadis yang ditemui hampir di setiap lokasi perjalanan telah menggugat kedamaian hati lelakinya. Tanpa disangka, mereka harus melalui pelbagai peristiwa penuh debaran, cemas, aneh dan mistik bersama. Dalam tidak sedar, ada sesuatu yang hadir mengganggu jiwa.
ROSE, AISHITERU - DAMYA HANNA
Rose patah hati apabila Aizat memutuskan perhubungan mereka ketika dia sedang tertekan dengan sikap keluarga tirinya. Lantas dia nekad bercuti ke Jepun demi mengubati jiwa yang lara. Takdir telah menemukannya dengan Kenshin dan perkenalan singkat itu telah mengusik perasaan mereka. Apakah ada ruang untuk dua insan ini mencipta ikatan sedangkan misi Kenshin belum terlaksana?
FIRST LOVE IN BANGKOK - EKA FAHARA
Bangkok, telah menemukan cinta pertama yang manis buat Elis dan Raziq. Belum sempat hati mereka bertaut, cinta mereka terhalang. Elis harus mengalah lalu membawa diri dan pulang ke Ireland. Namun tidak buat Raziq, dia rela bangkit membela diri daripada segala sengketa demi gadis itu. Tegakah Elis menerima kasihnya lagi jika Raziq menyerah diri di bumi Irish?
KOTA CINTA HARAMAIN - WEEDA AIRIZA
Suatu perjalanan penuh liku buat Suzanna yang lebih mengutamakan kerjaya dalam hidupnya. Malah Adrie, lelaki yang terpaut hati kepadanya juga dipinggirkan seketika. Namun, pemergian Suzanna ke dua buah kota cinta, Makkah dan Madinah telah memberinya kenangan yang bermakna. Dia mengerti, jiwa yang bahagia itu bukan diukur pada luaran, tetapi hakikatnya adalah ketenangan.
📌 Sila letak nama pemilik novel di ruangan remarks atau chat untuk tujuan autograf.